Tahu Ga? Ternyata Ada Makna Tersembunyi di Balik Tanggal Lahir. Bagaimana Dengan Tanggal Lahirmu?

Banyak orang membaca kepribadian berdasarkan zodiak. Ada juga yang menebaknya melalui tulisan atau tanda tangan. Ternyata kepribadian juga bisa dilihat dari tanggal lahir seseorang.

Tak ada yang mengira kalau angka tanggal lahir ternyata memiliki makna. Tidak hanya itu, ternyata ada juga rahasia tersembunyi yang tentunya perlu untuk di ketahui.

Seperti hasil kajian yang dilakukan Dr Fadzilah Kamsah yang dikutip melalui tokeinfo.com, melalui angka tanggal lahir bisa diketahui potensi dan personliti diri seseorang.

Adapun cara penghitungan untuk mengetahui rahasia dari angka tanggal lahir, contohnya seorang bayi yang lahir tanggal 21 maret 2012, maka dalam penghitungan rahasia lahirnya yakni,

21 Maret 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2

Jawabannya adalah 2. Adapun makna dari angka tersebut yakni,

* Angka tanggal lahir: 1
Kekuatan: dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarik, Kepandaian, mempunyai kuasa dan memiliki analisa yang kuat, yang mampu menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan peka.

Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan orang, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik.

Adapun yang perlu dipelajari:
Siap menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nomor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

* Angka tanggal lahir: 2
Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. seorang yang Sentiasa tenang dalam keadaan apa pun. Seorang yang ramah dan sangat mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya atas kelebihannya sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Senantiasa mengutamakan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri.

Adapun yang perlu dipelajari:
Percayalah kebolehan diri sendiri. Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem). Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu.

Golongan terkenal yang mempunyai nomor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

* Angka tanggal lahir: 3
Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki daam hidup. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang buruk atau baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang bermulut ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, bisa menyebabkan keretakan dalam suatu hubungan.

Adapun yang perlu dipelajari:
Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu.

Golongan terkenal yang mempunyai nomor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

* Angka tanggal lahir: 4
Kekuatan: seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka mengungkapkan perasaan tidak puas hati dalam suatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan suatu perkara. Perlu berhati-hati dalam hubungan dan perkawinan.

Hal yang perlu dipelajari:
Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain. Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
Berterus teranglah dalam sesuatu perkara.

Golongan terkenal yang mempunyai nomor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

* Angka tanggal lahir: 5
Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

* Yang yang perlu dipelajari:
Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti.

Golongan terkenal yang mempunyai nomor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

* Angka tanggal lahir: 6
Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Hal yang harus dipelajari:
Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya. Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri. Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

* Angka tangal lahir: 7
Kekuatan: memiliki berkemahiran dan sangat teliti apabila mengurus suatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada siapa yang pernah menolongnya. Sangat menghargai dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan gairah dan cinta. Seorang pemikir dan suka kedamaian dan ketenangan. Bisa bersilat lidah. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan hubungan ataupun persahabatan. Anda merasa boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

* Angka tanggal lahir: 8
Kekuatan: seorang yang aktif dikalangan rekan-rekannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Suka menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

* Angka tanggal lahir: 9
Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang sukar dipahami orang disekelilingnya. Bisa berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Hal yang harus diperbaiki:

Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata. Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Bagaimana, apakah sesuai dengan kepribadianmu?

Loading...
loading...

Leave a Comment